Rope Walk di Lorong Kulit terbaik!

Posted: February 10, 2012 in archive view

SELAIN pasar malam dan Up Town (pasar lewat malam), ada juga pasar yang aktif pada waktu siang hari! Pasar tersebut terkenal dengan jolokan Rope Walk.

Suatu pagi, aku sempat meninjau pasar berkenaan yang terletak di Lorong Kulit berdekatan perkarangan Stadium Pulau Pinang. Jaraknya hanya sekitar flat yang aku sewa. Aku dapati pasar Rope Walk tu buka pada setiap hari. Ada peniaga seawal 7.30 pagi lagi sudah mula buka gerai masing-masing. Huyooh!

Bagi aku, pasar Rope Walk di Lorong Kulit begitu menarik dan unik sebab di situ tempat terjualnya berbagai-bagai barang lama dan terpakai. Sepanjang tinjauan aku di pasar tersebut, sempat juga aku snap beberapa keping gambar yang aku fikirkan menarik dan ingin berkongsi di blog ini.

Luna Colour Pencils! :D

Semasa aku sampai di gerai ni aku terus teringatkan zaman aku tadika dan sekolah rendah. Aku selalu guna pensel warna jenama ni semasa mewarna lukisan. Masih ingat lagi kakak aku akan tulis nama aku dan nama kelas di layar putih depan kotak pencil warna tu dengan harapan kalau hilang orang lain akan pulangkan hee. Tersenyum aku seorang diri tatkala teringatkan kenangan mengusik jiwa tu ewah!

Orang cakap membaca luas pengetahuan :D

Kalau sebelum ini buku-buku hanya di jual kedai buku sahaja tapi di Rope Walk Lorong Kulit pun terlibat menjual koleksi buku terpakai dengan harga istimewa. Aku tengok buku kanak-kanak dan bahan bacaan dewasa pun turut dijual. Aku ingin beli salah sebuah buku di atas, tapi memandang novel Sherlock Holmes yang aku beli sebulan yang lalu masih belum habis dibaca, aku terus membatalkan niat untuk beli buku terpakai tu.

Berdasarkan data daripada Perpustakaan Negara Malaysia, purata kira-kira lapan hingga 12 buah buku dibaca setahun oleh rakyat Malaysia berbanding dua buah buku pada tiga tahun lalu (Utusan Malaysia, 2010). So, marilah jadikan amalan murni sebagai budaya yang sihat!

Apa yang hangpa perhati gambar di atas adalah benar-benar belaka haha! Sewaktu melintas di hadapan gerai yang menjual aksesori ni, lensa kamera aku terus menghala ke model-model telefon bimbit yang aku kategorikan mereka sebagai artifak muzium (haha kategori itu amat keji sekali). Paling menarik perhatian aku ialah telefom bimbit Nokia 3310 yang sekarang ini amat jarang kelihatan dijual di kedai telekomunikasi. Aku pernah guna telefon bimbit tu dan selalu  main game Space Impact di dalamnya sebab ia amat MENGHIBURKAN hehe. Sekarang telefon bimbit tu dah jadi bahan artifak di rumah aku sebab dah rosak haha!

Hmm..

Gambar di atas ni menjadi kehairanan kepada aku sampai lah sekarang. Aku tak dapat pastikan sama ada Uncle yang berambut putih tu sedang menjual basikal roda tiganya atau hanya sekadar duduk? Kalaulah Uncle tu sedang jual basikal tu, aku rela call pihak muzium untuk datang ambil dan simpan basikal antik tu buat tatapan generasi akan datang. Haha! Uncle, okay tak idea saya?

Nota kaki: Teringin nak beli model kereta antik di Rope Walk tu tapi duit poket pulak tak cukup :(

Few words before you leave me?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s